Debaran peperiksaan kini kian terasa kehangatannya.Oleh itu , pihak PMRAM pada sesi ini begitu optimis bagi memastikanpencapaian akademik mahasiswa dan mahasiswi mencapai tahap yang membanggakan. Justeru itu, Badan Pendidikan danKomunikasi Bahasa (BPKB) PMRAM 2013 telah menyusun kelas tutorial fasa 1 bagi pelajar tahun satu dan dua denganmenekankan subjek kritikal. Ianya telah bermula sejak 17 November 2013.
Kita PMRAM menyeru seluruh ahli agar dapat memberikan komitmen yang terbaik bagi menjayakan agenda ini yang mana akanmenatijahkan keputusan yang cemerlang di samping tidak meninggalkan sesi pengkuliahan bersama doktor dan doktorah difakulti masing-masing.
Konklusinya, pihak PMRAM amat mengharapkan mahasiswa dan mahasiswi agar berusaha sehabis daya bagi menjayakan usulPMRAM pada sesi ini iaitu meningkatkan kualiti mahasiswa dan mahasiswi melalui :
1. Pemantapan Akademik dan Bahasa Arab.
2. Pemerkasaan Kemahiran.
Kejayaan yang gemilang tidak akan datang bergolek sekiranya agenda ini hanya dilaksanakan oleh satu pihak sahaja bahkan permata mahasiswa danmahasiswi inilah yang merupakan penggerak utama kepada kecemerlangan yang bakal dijulang.